Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for banking industry professionals · Monday, May 5, 2025 · 809,634,443 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Menjadi Penaja Emas di TOKEN2049 Dubai: CEO Gracy Chen Berkongsi Visi untuk Bab Seterusnya dalam Dunia Kripto

/EIN News/ -- DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, May 05, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, bersedia untuk memberikan kesan yang besar di TOKEN2049 Dubai sebagai Penaja Emas acara penting tahun ini. Berlangsung di Pusat Persidangan Madinah Jumeirah dari 30 April hingga 1 Mei 2025, TOKEN2049 Dubai menghimpunkan minda paling cerdas dan pembawa pembaharuan yang paling berani dari seluruh ekosistem kripto dan blok rantai global. Ketika komuniti kripto berkumpul di salah satu hab paling dinamik untuk inovasi, Bitget bersedia untuk menonjolkan strategi yang terus membentuk landskap aset digital.

Pada hari pertama persidangan, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Gracy Chen akan menyampaikan ucaptama di Pentas io.net dari jam 3:00 hingga 3:15 petang GST. Bertajuk “Dua Strategi yang Bitget Gunakan untuk Berjaya dalam Pasaran Tidak Menentu”, sesi ini akan meneroka cara Bitget mengemudi ketidaktentuan global, memanfaatkan peluang baharu sambil kekal di barisan hadapan inovasi. Gracy akan berkongsi pandangan mengenai strategi yang membolehkan Bitget mencipta kesan dunia nyata dalam landskap pasaran yang tidak dapat diramalkan, menetapkan hala tuju bagi kejayaan mampan dalam ekosistem kripto yang semakin berkembang.

Memperkasakan lagi kehadirannya, Bitget bakal menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan Cryptoverse Dream Night pada 30 Mei. Bekerjasama dengan 1inch dan disokong oleh Morph, acara eksklusif yang akan bermula selepas waktu kerja ini akan menghimpunkan perintis Web3, pemimpin blok rantai serta syarikat terkemuka dalam industri kripto dalam satu malam yang penuh tenaga, pengalaman premium dan juga jaringan generasi baharu. Daripada persembahan mengejut kepada detik sosial yang dipilih susun, acara tersebut merakamkan semangat berani memacu masa depan dunia kripto. Para hadirin berpeluang untuk diberikan ganjaran dengan Bitget Exclusives apabila mereka merakam dan berkongsi detik yang paling menggembirakan pada acara tersebut.

Ketika perbincangan mengenai desentralisasi, akses pasaran dan inovasi menjadi tumpuan utama, Bitget memperluaskan peranannya melebihi sekadar bursa tradisional. Melalui sumbangan semasa persidangan dan acara sampingan, Bitget berusaha membentuk piawaian baharu bagi cara nilai dicipta dalam ekonomi digital ini. “Matlamat kami adalah untuk membantu mewujudkan asas bagi ekosistem Web3 yang lebih saling berhubung dan berdaya tahan,” kata Gracy Chen, CEO Bitget. “Kejayaan dalam bidang ini memerlukan lebih daripada sekadar teknologi—ia menuntut kerjasama serta visi bersama tentang masa depan. TOKEN2049 adalah platform terbaik untuk mengadakan perbincangan ini. Dengan kehadiran yang kukuh di dalam dan di luar pentas utama, penyertaan Bitget di TOKEN2049 Dubai mencerminkan strategi luasnya dalam menyokong evolusi berterusan Web3.”

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/dca116ce-6d79-4bfa-8ef8-9b1e72215f89


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Culture, Society & Lifestyle, Media, Advertising & PR ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release